12.5.12

hasil kajian , iffa jenal .

Hasil kajian

1.0 MAKLUMAT ASAS PRODUK TEMPATAN
1.1 NAMA PRODUK
 Nama produk yang saya pilih untuk dikaji ialah Sejuk Beku Daging.
1.2 KATEGORI
Kategori produk yang saya kaji ialah makanan iaitu sejuk beku daging dan juga makanan barat berasaskan pelbagai jenis daging tempatan.
1.3 NAMA PENGUSAHA
Perfect Fresh & Frozen ini diuruskan oleh dua orang pengurus iaitu Nordin Mat yang berumur 39 tahun dan Harfirdaus Che Lah yang berumur 28 tahun. Walaupun berusia muda, mereka tetap mempunyai sikap bertanggungjawab.Selain itu, mereka juga mempunyai syarikat sendiri yang dinamakan KMJ SUPPLIES Sdn. Bhd.
1.4 LOKASI
Lokasi yang dibuka untuk membeli barang ialah No. 15, Jalan Impian Murni 2/3, Saujana Impian, 43000 Kajang, Selangor. Pejabat Perfect Fresh & Frozen ini terletak di No.11, Jalan Impian Murni 2/3, Saujana Impian, 43000 Kajang, Selangor.


2.0 LATAR BELAKANG
2.1 PUNCA DAN JUMLAH MODAL
Modal yang digunakan untuk membuka kedai ini ialah sebanyak RM250,000 yang merangkumi pusat jualan, bilik pemotongan, bilik sejuk beku,bilik kakitangan, mesin dan sebagainya. Sebagai pengurus perniagaan, Encik Harfirdaus mempunyai dan memiliki sikap yang bertanggungjawab yang amat berat semasa menaiktaraf serta menjayakan perniagaan ini.

2.2 LESEN PERNIAGAAN



2.3 TUJUAN PRODUK
Syarikat Perfect Fresh & Frozen ini menawarkan sistem ‘francais’ kepada mana-mana pengusaha yang berminat untuk memasarkan produk-produk berkenaan yang bertujuan untuk membantu pengusaha ladang di peringkat pengeluaran untuk memasarkan hasil mereka. Selain itu, syarikat ini juga membuat beberapa perkhidmatan antaranya seperti ‘Grill Catering’. Perkhidmatan yang telah disediakan oleh syarikat ini amat sesuai untuk majlis-majlis perkahwinan, acara sambutan perayaan dan lain-lain. perkhidmatan-perkhidmatan seperti ini amat penting kerana ia dapat mempromosikan lagi syarikat Perfect Fresh & Frozen ini kepada orang ramai dan bukan setakat dikenalkan di Selangor malahan di seluruh pelusuk Negeri di Malaysia.

2.4 KEISTIMEWAAN
Syarikat Perfect Fresh & Frozen ini juga mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri berbanding dengan syarikat yang lain. antara keistimewaannya ialah daging yang dijual di kedai ini merupakkan daging jenis Esotic, iaitu daging tempatan dan daging yang diimport dari Australia. Selain daripada itu, daging yang dijual ialah daging lembu Famous. Lembu Famous bermaksud lembu yang memakan rumput istimewa dan disimpan dibawah suhu 3o hingga 5obeku. Terdapat beberapa daging yang istimewa yang dijual iaitu Grass Fed Ribeye yang berharga RM23.48 dan Grass Feed Striploin yang berharga RM24.04. Di samping itu, Pra Famous juga menyediakan dua jenis makanan iaitu Brassfeed Striploin yang berharga RM21.66 dan juga Grain Fed Ribeye yang berharga RM42.49. Harga yang ditawarkan amat berpatutan dengan kualiti barangan yang dijual.


3.0 KAEDAH / CARA PENGHASILAN
3.1 TENAGA KERJA
           Pengerus syarikat Perfect Fresh & Frozen ini telah mengambil keputusan mengambil pekerja sebanyak sepuluh orang dimana mereka bekerja mengikut turutan masing-masing. Dua orang daripada mereka ditugaskan sebagai tukang masak. Tukang masak ini telah diberikan amanah untuk menjaga resepi rahsia mereka yang membuatkan makanan yang dimasak menjadi lebih enak dan lazat. Berdasarkan temu bual yang dijalankan, antara bahan yang digunakan dalam setiap masakan mereka ialah seperti :

ü  Lada hitam
ü  Minyak zaiton
ü  Garam
ü  ‘Beefyu’- air rebusan daging


3.2 SENARAI PERALATAN
Peralatan
Kegunaan
Meat Cuttle Machine
Memotong daging
Slicer Meat
Menipiskan daging
Mince meat
Menghancurkan daging
Weight Skill
Mengimbang daging
Wrapping Machine
Membungkus daging
Sealler
Mengedap
Vaccum Pack Machine
Menyedut udara bungkusan
Mixer Machine
Mesin mengadun daging



3.3 PERINGKAT PENGHASILAN
        Sebelum mereka memulakan penghasilan makanan, mereka telah menetapkan turutan atau susunan peringkat penghasilan makanan di kedai Perfect Fresh & Frozen supaya tiada masalah yang akan berlaku selepas pembeli mendapat makanan yang telah dipesan.
            Pertama,  mereka akan mengambil pesanan yang hendak dibeli. Selepas itu, mereka akan menerima tempahan daripada pembeli sebelum mengeluarkan daging dari bilik sejuk beku.
            Setelah mendapat tempahan, mereka akan mengeluarkan bahan yang diperlukan untuk diberi kepada pembeli yang membuat tempahan. Seterusnya, mereka akan merujuk semula tempahan yang dibuat oleh pembeli sebelum memotong daging untuk diberikan kepada pembeli semasa pembayaran.
            Selepas merujuk tempahan, mereka akan memotong daging mengikut kehendak pembeli supaya tiada masalah semasa memberikan daging kepada pembeli. Akhir sekali, mereka akan membungkuskan daging yang telah siap dipotong dan memberikannya kepada pembeli.
Sebagai kesimpulannya, peringkat penghasilan ini boleh diringkaskan seperti berikut:


3.4 SPESIFIKASI PRODUK (TIMBANGAN)                                      
         Di kedai Perfect Fresh & Frozen, terdapat alat penimbang yang digunakan untuk menimbang berat daging. Alat penimbang itu seperti gambar di bawah.



4.0 PEKEMBANGAN PRODUK
4.1 RANGKAIAN PEMASARAN
         Kini syarikat ini terdapat di Klang, Lembah Klang yang berada di kawasan Selangor. Tindak balas jual beli di syarikat Perfect Fresh & Frozen ini mendapat sambutan yang menggalakkan.
4.2 PENGIKTIRAFAN

Halal-Certified by Jakim
1043-03/2009

 SCORE 3.0 by SME Corp
 

Registered Local
Franchisor by KPDNKK
5386597- U

Bumiputera Contractor
Under MOF
357-02105017


4.3 CABARAN DAN MASALAH YANG DIHADAPI
         Semasa menjalankan perniagaan ini, terdapat banyak cabaran serta dugaan yang menimpa oleh syarikat ini. Antaranya ialah syarikat ini mendapat saingan yang amat hebat daripada syarikat yang lain. Walaubagaimanapun, cabaran yang dihadapi dapat diselesaikan tanpa mempunyai sebarang masalah mahupun krisis diantara satu pihak dengan satu pihak yang lain.
4.4 PERANCANGAN MASA HADAPAN
         Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), dan Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN-3) serta Pelan Imbangan Dagangan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meletakkan sasaran SSL 40 peratus bagi lembu dan 35% bagi kambing menjelang 2010. Bagi mencapai sasaran tersebut, pengeluar lembu dan kerbau yang diperlukan untuk dijual ialah sebanyak dua juta ekor. Lebih 723,000 ekor betina dan lebih 338,000 ekor lembu yang akan disembelih dengan mengambil kira 60% kelahiran dan 40%  lagi untuk baka pembiak. Bagi industri kambing pula, lebih satu juta ekor diperlukan dengan bilangan pembiak lebih 380,000 ekor dan yang akan disembelih sebanyak 3000,000 ekor setahun menjelang 2010.
            Selain itu juga, syarikat Perfect Fresh & Frozen merancang dan bertekad agar setiap biji rumah yang ada di kawasan Kajang dan Bangi dapat membeli walaupun hanya 1 daging. Ini adalah antara misi mereka untuk mempromosikan lagi produk mereka kepada orang ramai. Malah, syarikat ini juga ingin menyampaikan kelebihan dan faedah-faedah yang diperoleh kepada pengguna.
Daisypath Anniversary tickers